TOPIK 13: SEKOLAH DAN PERSEKITARAN



TOPIK 13 : SEKOLAH DAN PERSEKITARAN
           
            Sekolah merupakan pusat penyebaran maklumat dan ilmu pengetahuan manakala persekitaran sekolah adalah kawasan disekeliling sesuatu tempat dimana masyarakat yang tinggal berhampiran dengan sesebuah sekolah. Sekolah berfungsi untuk mencapai matlamat dan objektif social bagi melahirkan modal insan yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu melahirkan manusia yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek supaya menjamin kesejahteraan hidup masyarakat.
        Dalam topik ini akan membincangkan tentang hubungan antara pihak sekolah dan masyarakat sekeliling iaitu, hubungan pihak sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat, PIBG dan sebagainya. Kepentingan hubungan yang saling berkait antara pihak sekolah dengan pihak lain juga akan dibincangkan.

Rajah 1: Hubungan Tiga Dimensi
            Hubungan Tiga Dimensi iaitu hubungan antara sekolah, ibu bapa dan masyarakat dalam usaha mencapai matlamat sekolah.



Hubungan PIBG dengan Pihak Sekolah
            Menurut Norzahida Bte Mohamed, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan satu badan yang sah ditubuhkan sebagai penghubung di antara ibu bapa, guru, sekolah, masyarakat dan pelajar. Dalam sebuah sekolah terdapat persatuan yang melibatkan ibu bapa dalam perihal anak-anak di sekolah iaitu Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG). Menurut Mook(2009), PIBG adalah salah satu pertubuhan dalam sekolah yang boleh memainkan peranan besar dalam meningkatkan pencapaian persekolahan murid-murid mereka. Ahli-ahli yang aktif boleh meyumbangkan tenaga dan sumbangan kewangan mereka dari semasa ke semasa demi kemajuan sekolah. Pertubuhan PIBG diperingkat sekolah rendah dan menengah adalah hasil pelaksanaan syor-syor berlandaskan Laporan Aziz yang diumumkan pada tahun 1971.

Kepentingan Hubungan Antara Pihak Sekolah dengan PIBG

Peranan PIBG Terhadap Pihak Sekolah 

Hubungan dan kerjasama ini akan mewujudkan pemuafakatan yang saling memerlukan ibarat  aur dengan tebing bagi menjana kecemerlangan sekolah dan melahirkan masyarakat 1 Malaysia.  




Comments

Popular posts from this blog

TOPIK 3: KAJIAN PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR

TOPIK 2 : INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN