TOPIK 12: PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA


Topik 12: Pengurusan Murid Pelbagai Upaya
1.0  Pengenalan
  •  Membincangkan bagaimana pengurusan yang khusus kepada pelajar yang berkeperluan khas.
  • Program-program  pendidikan yang menggunakan kaedah-kaedah khusus dan sesuai untuk memenuhi keperluan-keperluan perkembangan fizikal, intelek, emosi dan sosial individu-individu yang berkeperluan khas.
2.0  Pemulihan
Program pemulihan merupakan “Satu program pendidikan disediakan untuk murid yang mengalami masalah dalam  penguasaan kemahiran 3M yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus, di ruang yang khusus." Murid pemulihan merupakan "Murid yang menghadapi kesukaran dalam prnguasaan kemahiran asas 3M disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif".
  • Mengutamakan Prinsip 'Menyelesaikan masalah seawal mungkin' supaya tidak kronik.
  • Perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya belajar mengakibatkan segolongan mereka lebih lambat menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanya.
  • Melalui program pemulihan khas, keperluan-keperluan murid berpencapaian rendah dapat dikenalpasti dan dipeuhi.
3.0  Ciri-ciri Kanak Pemulihan
  1. Rendah diri 
  2.   Pasif
  3. Mengganggu rakan 
  4.  Kerap tidak hadir sekolah
  5.  Lemah pemahaman  
  6.  Malas
  7.   Cepat bosan
4.0  Fungsi Guru
  •    Menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berlainan mengikut personaliti murid.
  •  Membentuk personaliti baik dalam diri setiap orang murid.
5.0  Pengayaan
  • žMemberi aktiviti tambahan kepada murid yang dapat menguasai satu-satu kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada itu.
  • ž Murid-murid dapat meluaskan pengetahuan berhubung dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan unit pembelajaran secara mendatar
5.1  Jenis Pengayaan
  • ž Pengayaan (mendatar) adalah aktiviti yang berdasarkan kepada kebolehan murid dalam sesuatu kumpulan.
  • ž Pengayaan (menegak) adalah aktiviti yang berdasarkan minat dan bakat murid dalam kumpulan cerdas sahaja.
Pengayaan mendatar
Pengayaan Menegak
Dirancang untuk kumpulan mengikut kebolehan
Dirancang mengikut kumpulan yang cerdas
Kadar kesukaran aktiviti pengayaan adalah berlainan antara individu
Kadar kesukaran aktiviti pengayaan bagi murid kumpulan cerdas yang sama
Jenis aktiviti pengayaan biasanya diberikan mengikut unit kemahiran yang diajar
Jenis aktiviti pengayaan biasanya terdiri daripada kertas projek, permainan, rekreasi
Tujuan: mengukuhkan kemahiran yang dikuasai dan menimbulkan minat dalam aktiviti
Tujuan: mewujudkan kegembiraan dalam aktiviti pembelajaran mencungkil bakat, kerjasama
Setiap kumpulan menjalankan aktiviti pengayaan menggunakan kemahiran yang sama
Kumpulan cerdas menjalankan aktiviti pengayaan yang lebih mencabar sedangkan kumpulan sederhana & lambat menjalankan aktiviti pengukuhan dan aktiviti pemulihan


6.0  Konsep dan Objektif
6.1  Konsep
1.     Melibatkan murid-murid yang berpencapaian melebihi sederhana dalam penguasaan kemahiran asas.
2.     Dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas di dalam atau luar kelas.
3.     Bercorak  belajar sendiri dan bimbingan guru pada tahap minima.
6.2  Objektif
Membolehkan murid menjalani aktiviti yang lebih mencabar kebolehan mereka     disamping menambahkan minat dan pengalaman yang dapat membantu mereka ke arah perkembangan diri dan bakat mereka.
7.0  Berkeperluan Khas
“individuals who differ from societal or community standards of normalcy. These differences may be due to significant physical, sensory, cognitive or behavioural characteristics. Many of these children may require educational program customized to their unique needs” -Garciulo (2003).
8.0  Pintar Cerdas
Menurut Ross (1993), pelajar pintar cerdas didefinisikan sebagai pelajar yang dikenal pasti semasa pra sekolah, sekolah rendah atau sekolah menengah yang menunjukkan prestasi bakat yang cemerlang atau menunjukkan potensi untuk melakukan pencapaian di tahap yang sangat tinggi berbanding dengan rakan sebaya yang lain.
8.1  Ciri-ciri Pintar Cerdas
                                      i.          perbendaharaan kata yang lebih luas,
                                    ii.          mempunyai kematangan dari segi penggunaan istilah,
                                  iii.          keistimewaan dalam matematik,
                                   iv.          mencari kesempurnaan kendiri,
                                     v.          tidak mudah berpuas hati dengan jawapan yang mudah,
                                   vi.          petah berkomunikasi.


9.0  Pendidikan
ž                           Pendekatan multi sensori merupakan pendekatan yang paling sesuai. Menggabungkan beberapa deria seperti deria rasa atau sentuhan, penglihatan, pendengaran dan pergerakan. ž Deria-deria ini dijalankan serentak bagi memudahkan kaedah pengajaran terhadap pelajar disleksia.

10.0    Autisme
Autisme bermaksud kecelaruan neurologikal otak sehingga menjejaskan fungsi otak dalam aspek-aspek kognitif, bahasa dan komunikasi, sosial dan emosi.
10.1         Ciri-ciri Autisme
A.    Sukar berkomunikasi
B.    Mengelak untuk bertentang mata
C.    Emosi tidak seimbang
D.    Mencedera diri sendiri
E.     Sukar memahami orang lain
F.     Pasif
11.0    Disleksia
Disleksia merupakan keadaan di mana seseorang mengalami masalah membaca yang amat serius. Istilah lain yang digunakan untuk mengambarkan masalah ini ialah buta huruf.
11.1         Ciri-ciri Disleksia
ž disparaxia (masalah koordinasi motor-mata-tangan),
ž diskalkulia (merujuk kepada masalah matematik)
ž disgrafia (merujuk kepada bahasa).
12.0    Teori Kecerdesan Pelbagai
Diasaskan oleh Dr Howard Gardner pada tahun 1983. Menurut beliau kecerdasan bukanlah diwarisi melalui keturunan semata-mata tetapi ia juga dipengaruhi oleh faktor pemakanan, budaya, persekitaran, peluang pendidikan dan suasana pembelajaran. Memperkenalkan  9 jenis kecerdasan untuk mengukur tahap kecerdasan individu:
Kecerdasan Logik-Matematik                    
  1. ž          Pelajar mempunyai kelebihan dalam matematik
  2. ž          Golongan yang mempunyai pemikiran yang saintifik, pemikiran secara heuristik, induktif dan deduktif, membuat inferens, generalisasi, perhitungan dan pengujian hipotesis
  3. ž          Kemahiran dominan di bahagian otak kiri memungkinkan seseorang itu berfikir secara konseptual dan abstrak. 

Kecerdasan Verbal-Linguistik
  1.      Golongan ini mempunyai kebolehan dalam menggunakan bahasa dan kata-kata dalam menyampaikan sesuatu sama ada melalui lisan atau penulisan.
  2. ž        Memahami bahasa yang kompleks selain lebih sensitif dan peka terhadap sesuatu perkataan.
  3. ž         Mahir dalam memanipulasikan ayat, tatabahasa atau struktur bahasa, fonologi iaitu unsur bunyi, semantik iaitu makna bahasa, pragmatik iaitu penggunaan bahasa, dan pengucapan awam.
Kecerdasan Muzik   
  1. ž        Golongan ini mempunyai kebolehan dalam bidang muzik sama ada menggemari, mendiskriminasi, mengekspresi, mempersepsi, membeza, mengubah dan meluahkan perasaan melalui muzik. Peka terhadap bunyi nonverbal iaitu bunyian daripada alam semulajadi seperti binatang, guruh dan angin. Kecerdasan muzikal ini mempunyai hubungan yang paralel dengan kecerdasan bahasa.
Kecerdasan Kinestetik Badan
  1. ž Individu jenis ini mempunyai kelebihan dalam menggunakan badan mereka sama ada sebahagian atau keseluruhannya dalam berkomunikasi dan menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.
  2. ž Mempunyai kebolehan dalam meluahkan idea atau perasaan melalui tubuh badan mereka.
  3. ž Mereka juga bijak dalam mengimbangi pergerakan fizikal dan mental
Kecerdasan Interpersonal
  1. ž Golongan ini berkebolehan dalam berkomunikasi dan berinteraksi dengan baik.
  2. ž Mereka berkemampuan dalam memahami dan membezakan perasaan, keinginan hati, hasrat dan tabiat orang lain.
  3. ž Mudah bergaul dalam kelompok sosial dan mudah menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi yang ada.
  4. ž Mempunyai kebolehan dalam menilai diri sendiri dan mempunyai gambaran yang tepat tentang diri sendiri.
  5. ž Mereka berupaya dalam memperbaiki diri mereka kearah kehidupan yang lebih baik.
  6. ž Mampu menentukan hala tuju hidup mereka serta sangat berdisiplin dan mampu hidup berdikari. 
  7. ž Suka bersendirian dalam melakukan sesuatu perkara.

kecerdasan Ruang Visual
  1. ž Individu ini memahami hubungan antara objek dengan ruang dan mampu mencipta imaginasi yang agak tinggi.
  2. ž Peka terhadap warna, garisan, bentuk, corak dan ruang dalam kawasan persekitaran mereka.
  3. ž Mampu berfikir diluar kotak malah berkeupayaan dalam membuat persepsi atau penilaian alam sekitar dengan tepat .
Kecerdasan Naturalis
  1. ž Mempunyai kebolehan dalam mengenal pasti, mengkategori pola, corak atau bentuk yang ada pada alam sekeliling.
  2. ž Golongan yang sangat sukakan alam sekeliling dan sangat selesa berada bersama alam terbuka.
  3. ž Sangat sensitif terhadap isu-isu mengenai alam sekitar global, isu kemanusian dan isu sejagat serta meminati unsur kejadian alam.  
Kecerdasan Eksistensialis
  1. ž Mempunyai persoalan-persoalan yang timbul tentang kehidupan realiti yang sering dilalui oleh golongan manusia.
  2. ž Golongan ini sangat gemar membaca buku-buku falsafah bagi menjawab setiap persoalan yang muncul dalam fikiran mereka.
  3. ž Golongan ini juga cenderung untuk menelaah nilai-nilai yang berkembang dalam kehidupan masyarakat, sama ada nilai-nilai tradisional ataupun nilai-nilai moden yang berkembang pada masa kini.


13.0    Kesimpulan
Secara keseluruhannya, pelajar-pelajar pelbagai upaya memerlukan pengajaran pada kelajuan yang sesuai, kerja kognitif yang berpatutan, standard prestasi yang realistic dan peluang sesuai untuk mereka mencapai potensinya. Walau bagaimanapun kanak-kanak pintar cerdas tidak seharusnya diasingkan dengan kanak-kanak normal kerana kita tidak boleh wujudkan pengasingan social (social isolation) kepada mereka. Kesedaran sosial datang bersama pengalaman. Menurut Leinhard & Pallay (1982), persekitaran yang sesuai untuk perkembangan potensi pelajar pintar cerdas adalah seperti kelas yang kecil (10-15 murid), masa ditingkatkan untuk aktiviti kognitif, kelajuan yang sesuai, dan peningkatan masa pengajaran guru, memberi tugasan yang bersesuaian banyak dan tumpuan kepada kognitif di dalam pembelajaran.

Comments

Popular posts from this blog

TOPIK 13: SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

TOPIK 3: KAJIAN PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR

TOPIK 2 : INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN