TOPIK 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN


TOPIK 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

Pengurusan merupakan sesuatu usaha yang berterusan dan melibatkan merancang, mengorganisasi, meminpin dan mengawal bagi mencapai matlamat tertentu manakala alam pembelajaraan merupakan suasana dimana pelajar melakukan aktiviti pembelajaran. Oleh itu, pengurusan alam pembelajaran boleh dijelaskan sebagai usaha guru-guru dalam merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal alam pembelajaran supaya aktiviti pembelajaran dijalankan dengan kesan dan mencapai matlamat sekolah serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).


Rajah 1 menunjukkan konsep pengajaran dimana konsep pengajaran bermaksud pengajaran yang dibawa dari guru kepada pembelajaran yang dilakukan oleh murid juga dikenalkan sebagai proses pemindahan ilmu. Pengajaran merupakan suatu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti perancangan, pelaksanaan, penilaian, dan memberikan maklumbalas. Tujuan pengajaran ialah untuk menyebarkan ilmu pengetahuan atau kemahiran tertentu kepada pelajar. Corak pengajaran banyak berubah mengikut perkembangan semasa.
Matlamat pengajaran ialah bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis, berilmu pengetahuan serta berakhlak mulia. Keberkesanan pengajaran dinilai berdasarkan sejauh mana objektif pengajaran dapat dicapai melalui proses pengajaran yang dilaksanakan. Oleh itu, proses pengajaran hendaklah dirancang dengan baik seterusnya dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan.
TUJUAN PERANCANGAN PROSES PENGAJARAN
PERSEDIAAN SEBELUM MENGAJAR

1.     Penulisan Persediaan Mengajar

-Guru-guru mestilah menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian(RPH) sebelum menjalankan aktiviti PdP. Dalam (RPH), guru boleh mencatatkan butiran am, butiran standard kurikulum iaitu standard kandungan, objektif pembelajaran serta penerapan nilai-nilai murrni daripada pengajaran yang disediakan.
2.     Persediaan Ilmu Pengajaran dan Isi Pelajaran Diajar.
Butiran standard kurikulum, standard pembelajaran serta standard kandungan dalam ilmu pengajaran perlu dikuasai oleh guru sebelum mengajar.
3.     Persediaan Bahan Pengajaran.
Bahan pengajaran seperti maklumat tentang pelajaran yang didapati daripada internet, buku-buku ilmiah dan sebagainya perlu dikumpulkan sebelum melaksnakan proses pembelajaran supaya guru dapat menyebarkan maklumat yang benar tentang pelajaran kepada pelajar.
4.     Persediaan Peralatan Pengajaran.
Bahan peralatan seperti subjek Sains dan Matematik yang memerlukan bahan-bahan eksperimen atau alat ukuran perlu disediakan dengan secukupnya supaya proses pembelajaran dijalankan secara berkesan.
5.     Persediaan Ruang Pengajaran.
Ruang pengajaran yang selesa dari segi susunan meja, suasana yang sesuai akan mempengaruhi keberkesanan proses pengajaran.
6.     Persediaan Kemahiran Dalam Pengajaran.
Seseorang guru perlu mempunyai kemahiran dalam pengajaran sebelum melaksanakan proses pengajaran. Sebagai contoh, guru yang mengajar subjek Kemahiran Hidup bertopik jahitan baju, beliau perlu mempunyai kemahiran jahitan sebelum mengajar pelajarnya.

OBJEKTIF PENGAJARAN
Contoh objektif pengajaran yang boleh dicatat oleh guru seperti:
                        i.         Pelajar dapat menerangkan tiga konsep lakaran hexagon.
                       ii.         Pelajar dapat memepelajari lukisan ortografik.

BUKU REKOD MENGAJAR
    Guru yang mengajar mata pelajaran akademik diwajibkan mencatat semua aktiviti kerja mereka dalam buku rekod mengajar. Buku ini menghimpunkan pelan tindakan guru sebelum mengajar. Berdasarkan SPI Bil 3/1999. Buku rekod mengajar wajib mengandungi dua perkara penting iaitu Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan Pelajaran Harian.

PELAKSANAAN P&P
REFLEKSI PENGAJARAN
Refleksi atau muhasabah dibuat selepas guru selesai melaksanakan pengajaran. Kekurangan dan kelemahan dalam pengajaran perlu dibaiki dalam pengajaran akan datang. Antara aspek refleksi ialah pencapaian objektif, disiplin kelas, penglibatan murid, dan keazaman guru bagi membaiki pengajarannya. Contoh: Objektif 3 tidak tercapai kerana murid masih keliru dengan konsep… Sehubungan itu guru akan mengulang semula objektif 3 pada sesi pengajaran akan datang. Disiplin kelas - terkawal. Penglibatan murid – murid mengambil bahagian secara aktif /kurang aktif …

KAJIAN TINDAKAN
            Guru-guru seharusnya sentiasa bersedia membawa perubahan dan penyesuaian teknik pengajaran demi meningkatkan prestasi mereka. Antara usaha yang boleh dilakukan ialah dengan menjalankan kajian tindakan terhadap keberkesanan aktiviti P&P. Tujuan kajian tindakan ialah sebagai renungan/refleksi kepada aktiviti P&P yang sedia ada dan amat tertumpu kepada penyelesaian masalah di bilik darjah.

EMPAT PERINGKAT KAJIAN TINDAKAN


Comments

Popular posts from this blog

TOPIK 13: SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

TOPIK 3: KAJIAN PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR

TOPIK 2 : INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN